Alhamdulillah hari yang di tunggu-tunggu akhirnya tiba juga, hari ini keputusan bagi semester 2 program peralihan pembantu makmal di keluarkan dan juga taklimat bagi semester 3 program ini. Ia merupakan satu hari yang di nanti-nantikan oleh semua peserta, ramai yang berdebar-debar menantikan hari ini. Bertempat di Bilik Senat,Aras 5, Bangunan Canselori pada jam 2.30ptg. Ramai juga peserta yang hadir untuk mengambil keputusan masing-masing, daripada riak wajah yang gembira mereka saya pasti mereka semua mendapat keputusan yang baik. Majlis di pengerusikan oleh En. Zaidi Mohd Noor, Penolong Pendaftar Kanan di Unit Latihan,Bahagian Sumber Manusia dan di iringi oleh En. Harishafizal Abd. Hamid daripada FST dan juga Pn. Normalawati Shamsudin juga daripada FST.
Syukur Alhamdulillah di maklumkan semua peserta yang mengikuti program ini pada semester 2 lulus semuanya dan layak untuk melanjutkan pelajaran ke semester 3. Daripada sejumlah 115 orang peserta yang mengikuti program ini cuma 5 orang saja yang menarik diri atas sebab-sebab tertentu. Berdasarkan statistik yang di keluarkan seramai 19(17%) orang mendapat PNGK 3.67-4.00, 19(17%) orang 3.50-3.66, 51(47%) orang 3.00-3.49, 10(9%)orang 2.50-2.99, 3(3%) orang 2.00-2.49 dan 2(2%) orang mendapat 1.00-1.99(lulus bersyarat). Mereka yang mendapat lulus bersyarat perlu sekurang-kurangnya mendapat PNGK 2.00 keatas di dalam semester 3 bagi melayakkan mereka mendapat diploma PPPM. Saya juga mendapat tahu ada beberapa orang calon yang gagal beberapa subjek seperti Kimia dan English for Communication II.
Bagi semester 3 ini banyak silibus adalah lebih tertumpu kepada pengkhususan ataupun wajib fakulti, manakala subjek wajib universiti cuma ada 5 sahaja. Semester 3 ini menyaksikan senario yang lebih mencabar lagi bagi kita semua dengan jumlah subjek yang perlu di ambil bertambah banyak. Bagi saya sendiri yang mengambil fakulti Perubatan subjek bagi wajib fakulti adalah agak banyak dengan 6 subjek yang perlu di pelajari.Semasa taklimat juga ada di tegur tentang disipilin, seperti ada yang menghantar kerja kursus lewat malah ada yang lansung tidak mengantar kerja kursus dan ini menyukarkan pensyarah untuk member markah.En Haris juga menegur tentang sikap semasa di dalam kuliah di mana ada yang tidak hormat kepada pensyarah dengan membuat bising di dalam kuliah, di harap perkara ini tidak berlaku dalam semester ke 3 ini.
Apa pun marilah kita sama-sama berusaha dengan lebih gigih lagi bagi menghadapi semester 3 ini. Kepada yang baru menyertai kami di semester 3 ini selamat datang saya ucapkan. Akhir sekali saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berjaya mengharungi semester 2.Sekian w’salam.
more pictures @ fb hilmibaba

No comments:
Post a Comment