Monday, July 6, 2009

Bermulanya semester 3

6 Julai 2009 bermulalah semester 3 program peralihan pembantu makmal UKM.Kelas pertama adalah matematik & statistik II(WWWU3013), di mana tenaga pengajarnya adalah sama dengan semester lepas iaitu En. Aftar.Kehadiran peserta pada hari pertama adalah sangat memberangsangkan ini kerana hampir penuh juga dewan di buatnya.Rata-rata para peserta berada dalam keadaan mood yang ceria semuanya mungkin dah lama tak jumpa geng-geng kot.Kuliah hari ini di mulakan dengan pemberitahuan Rancangan mengajar seperti mana yang terpapar di dalam gambar di bawah.



Kuliah pada hari ini adalah agak ringan dan mudah di fahami.Topik pada hari ini lebih tertumpu kepada pengenalan asas kepada statistik seperti jenis-jenis dan juga teknik pengumpulan data.Kuliah juga lebih mesra kerana lebih banyak hubungan dua hala antara pensyarah dan juga pelajar dan ini banyak membantu dalam proses pemahaman.

Wajah-wajah ceria kena masuk kelas semula(datang awal tuhhh)

Antara yang datang awal(takut tak dapat tempat duduk)

En Aftar antara pensyarah paling cool.

Hampir penuh dewan kuliah kat belakang pun padat.

Oleh kerana balik awal singgah mamak dulu pekena teh....

Sekian laporan untuk hari ini Wassalam.

Thursday, June 25, 2009

Hari yang mendebarkan!!!



Alhamdulillah hari yang di tunggu-tunggu akhirnya tiba juga, hari ini keputusan bagi semester 2 program peralihan pembantu makmal di keluarkan dan juga taklimat bagi semester 3 program ini. Ia merupakan satu hari yang di nanti-nantikan oleh semua peserta, ramai yang berdebar-debar menantikan hari ini. Bertempat di Bilik Senat,Aras 5, Bangunan Canselori pada jam 2.30ptg. Ramai juga peserta yang hadir untuk mengambil keputusan masing-masing, daripada riak wajah yang gembira mereka saya pasti mereka semua mendapat keputusan yang baik. Majlis di pengerusikan oleh En. Zaidi Mohd Noor, Penolong Pendaftar Kanan di Unit Latihan,Bahagian Sumber Manusia dan di iringi oleh En. Harishafizal Abd. Hamid daripada FST dan juga Pn. Normalawati Shamsudin juga daripada FST.

Syukur Alhamdulillah di maklumkan semua peserta yang mengikuti program ini pada semester 2 lulus semuanya dan layak untuk melanjutkan pelajaran ke semester 3. Daripada sejumlah 115 orang peserta yang mengikuti program ini cuma 5 orang saja yang menarik diri atas sebab-sebab tertentu. Berdasarkan statistik yang di keluarkan seramai 19(17%) orang mendapat PNGK 3.67-4.00, 19(17%) orang 3.50-3.66, 51(47%) orang 3.00-3.49, 10(9%)orang 2.50-2.99, 3(3%) orang 2.00-2.49 dan 2(2%) orang mendapat 1.00-1.99(lulus bersyarat). Mereka yang mendapat lulus bersyarat perlu sekurang-kurangnya mendapat PNGK 2.00 keatas di dalam semester 3 bagi melayakkan mereka mendapat diploma PPPM. Saya juga mendapat tahu ada beberapa orang calon yang gagal beberapa subjek seperti Kimia dan English for Communication II.


Bagi semester 3 ini banyak silibus adalah lebih tertumpu kepada pengkhususan ataupun wajib fakulti, manakala subjek wajib universiti cuma ada 5 sahaja. Semester 3 ini menyaksikan senario yang lebih mencabar lagi bagi kita semua dengan jumlah subjek yang perlu di ambil bertambah banyak. Bagi saya sendiri yang mengambil fakulti Perubatan subjek bagi wajib fakulti adalah agak banyak dengan 6 subjek yang perlu di pelajari.Semasa taklimat juga ada di tegur tentang disipilin, seperti ada yang menghantar kerja kursus lewat malah ada yang lansung tidak mengantar kerja kursus dan ini menyukarkan pensyarah untuk member markah.En Haris juga menegur tentang sikap semasa di dalam kuliah di mana ada yang tidak hormat kepada pensyarah dengan membuat bising di dalam kuliah, di harap perkara ini tidak berlaku dalam semester ke 3 ini.

Apa pun marilah kita sama-sama berusaha dengan lebih gigih lagi bagi menghadapi semester 3 ini. Kepada yang baru menyertai kami di semester 3 ini selamat datang saya ucapkan. Akhir sekali saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berjaya mengharungi semester 2.Sekian w’salam.

more pictures @ fb hilmibaba

Tuesday, June 2, 2009

Habis daaa...

Alhamdullilah, selesai sudah peperiksaan akhir semester II kita semua, dengan paper wwwu2033 fizik sebagai penutup.So macam mana kawan-kawan semua adakah anda semua dapat menjawab peperiksaan kali ini dengan baik, bagi saya peperiksaan kali ini agak sukar sedikit berbanding dengan semester I.Ini kerana semester ini kita terpaksa belajar silibus yang sukar seperti matematik,fizik serta kimia yang mana banyak menggunakan pengiraan.Walau bagaimanapun saya begitu kagum dengan kawan-kawan yang begitu gigih berusaha untuk belajar walaupun semasa dalam kuliah menjadi "blurr" syabas saya ucapkan, semoga usaha gigih anda semua akan berbaloi satu hari nanti.Kita semua memang bernasib baik kerana tenaga pengajar kita banyak memberi ruang kepada kita untuk mendapatkan markah lebih, dengan memberi tugasan,amali dan juga kuiz.Ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban kita di dalam peperiksaan.Seperti silibus kimia yang mana ramai tidak dapat mengikutinya dengan baik,tetapi akhirnya Prof. Jumat memberi kita satu kerja amali yang mana banyak membantu dalam permarkahan.Saya merasakan silibus yang paling seronok adalah kelas biologi (Prof. Zainal),yang mana beliau seorang yang begitu periang dan menghiburkan dalam kuliah-kuliahnya.Kelas biologi juga membuat lawatan sambil belajar ke Kuala Selangor yang mana dapat memberikan pendedahan yang lebih efektif dalam mempelajari sistem ekologi.Apa pun kita patut berterima kasih kepada semua tenaga pengajar kerana sudi dan tabah mengajar kita semua walaupun ada di antara kita yang mempunyai kesukaran dalam pembelajaran.Semoga kita berjumpa lagi di semester seterusnya.Selamat maju jaya.

Friday, May 29, 2009

exam 2nd week

alhamdulillah tamat sudah exam bagi silibus wajib fakulti hari ni.cuma tinggal silibus fizik sahaja selasa ini.Semoga semua dapat menjawab dengan baik.Selamat Maju Jaya kepada semua.

Wednesday, May 27, 2009






Selamat datang saya ucapkan kepada para tetamu sekalian.Terima kasih saya ucapkan kepada anda semua kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk laman web ini.Laman web ini di bangunkan adalah bertujuan bagi memudahkan kita berkongsi maklumat serta pandangan kita semua dalam Program Peralihan Pembantu Makmal(PPPM) yang kita semua sedang duduki.Maaf saya pohon kerana agak lambat membuat web ini, oleh kerana keadaan masa yang tidak mengizinkan saya gagal membuat web ini dengan lebih awal lagi.Kini kita sedang menghampiri fasa terakhir program ini iaitu semester ke-3 yang mana silibusnya lebih mencabar minda kita semua, tidak seperti yang kita lalui di dalam sem 1 & 2.Jikalau ada di antara anda yang ingin menyumbang,menyampai atau memaklumkan info ataupun apa saja maklumat mengenai program ini di persilakan untuk berbuat demikian dengan memaklumkan kepada saya melalui e-mel.Jikalau ada yang ingin menjadi author akan saya pertimbangkan untuk di beri kebenaran.Sekian dulu untuk buat masa ini.Semoga anda semua berjaya dalam peperiksaan, selamat maju jaya.